Aromaterapi, Telekung, Busana Muslimah

By: Adik Muhammad Afiq Darwisy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 10-Oct-2008 08:41 Email | Share | | Bookmark

Assalammualaikum wrt wbt
Terima kasih kerana sudi melawati shopping bersama Adik Darwisy
Kami menawarkan pembelian secara online hiasan pejabat/rumah/bilik tidur yang MENARIK, ROMANTIK dan EKSKLUSIF berfungsi sebagai Aromaterapi serta Telekung dan Busana Muslimah.

shopping_darwisy@yahoo.com


Friday, 10-Oct-2008 08:08 Email | Share | | Bookmark
Telekung

 
TELEKUNG RM 48.00
1. Harga yang berpatutan dan menarik
2. Terdapat Sulam ringkas dikeliling leher dan hujung telekung
3. 5 jenis warna yang menarik Purple, Green, Blue, Grey & Pink




Monday, 22-Sep-2008 22:45 Email | Share | | Bookmark
Aromaterapi

 
00:00

Bois de Santal (1 Liter RM300)
Minyak Essensial ini di hasilkan daripada kayu dalaman pohon cendana yang berasal dari Asia. Secara tradisi, Cendana digunakan sebagai ramuan ubat-ubatan, minyak wangi, bahan solekan dan colok. Minyak essensial ini mendorong penyatuan rohani dan jasmani. Ia juga boleh menenangkan, mengatasi kegelisahan dan mengurangkan tekanan. Manfaat yang lain termasuklah; melegakan sistem pernafasan, menjamin tidur yang lena, menolong meditasi, menceriakan, mengghairah, membebaskan emosi dan mempromosi mimpi yang indah.
Sesuai digunakan di: Tempat pemujaan, laman kedai dan pejabat.

Pyrethre (1Liter RM300)
Minyak Essensial Pyrethre merupakan penggabungan Eucalyptus dan Cengkih. Eucalyptus berasal dari Australia sementara Cengkih adalah pokok tropika yang berasal dari Asia. Minyak essensial ini boleh di dapati dari tunas, daun dan tangkai pokok-pokok ini. Di dalam perubatan tradisional Cina, sifat-sifat Cengkih yang anti-bakteria dan anti-kulat sememangnya di iktiraf. Minyak essensial ini juga menghalau serangga dan bersifat anti-jangkitan, ia juga boleh digunakan untuk menyegarkan udara dan dan menghilangkan bau.
Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, ruang tamu dan bilik bayi.

Cintronnelle (1 Liter RM280)
Minyak Essensial ini adalah gabungan unik Eucalyptus, Basil, Serai dan Oren. Haruman serai yang di dapati di minyak essensial Citronelle agak berlainan dan ianya bersifat menceriakan dan menyegarkan. Citronelle melegakan laluan pernafasan, meringankan penyakit insomnia (tidak dapat tidur) dan pening kepala serta mengurangkan tekanan, dan meningkatkan semangat. Ianya juga boleh berfungsi sebagai penghalau serangga.
Sesuai digunakan di: Bilik tidur, bilik bacaan dan ruang tamu.

Rose D’ Iris (1 Liter RM280)
Minyak Essensial ini berasal dari bunga yang berwarna merah jambu ini. Minyak essensial ini mengeluarkan haruman yang mesra dan berbunga-bungaan dan dikatakan mampu meningkatkan daya kreatif dan daya ramalan seseorang. Ia boleh megimbangi minda serta mempromosi penyembuhan dalaman. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, melegakan tekanan dan kesedihan. Pasangan bercinta kerapkali menggunakannya untuk melahirkan suasana romantik.
Sesuai di gunakan di: Bilik tidur, bilik makan.

Anti-Acarience (2 Liter RM650)
Minyak Essential ini berkesan untuk menghalau nyamuk dan serangga dan akan membunuh 100% kutu habuk yang terdapat di dalam sesebuah bilik.Ia berkesan selama 7 hari dan akan menghasilkan sesuatu suasana yang bersih daripada anasir-anasir ini. Tambahan pula, ia boleh membersihkan udara dan memulihkan kandungan oksigen di sesebuah bilik. Suasana yang menyenangkan akan dijamin kerana minyak essensial ini akan menghilangkan bau dan asap tembakau.
Sesuai di gunakan di: Ruang tamu, bilik makan, bilik tidur dan pejabat.


Feutille De Menthe (2 Liter RM470)
Keseluruhan tumbuhan Pudina digunakan untuk menghasilkan Minyak Essensial ini, Feuille de Menthe biasanya digunakan untuk penghasilan barangan jagaan diri seperti ubat gigi. Sebagai minyak essensial ianya digunakan untuk mencergaskan dan menyamankan. Kesan-kesan yang lain termasuklah melegakan sakit kepala dan keletihan mental, in juga boleh merangsang aktiviti mental dan konsentrasi. Untuk wanita pula, ianya boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan semasa haid.
Sesuai digunakan di: Bilik bacaan, pejabat dan ruang tamu.



Bouquet Provencal (2 Liter RM470)
Ini adalah kombinasi Minyak Essensial yang di hasilkan daripada daun-daun dan bunga-bunga dari tumbuhan Thyme dan Rosemary. Tumbuhan Rosemary keseluruhannya memang harum dan ianya simbolik kepada percintaan, kesetiaan dan keabadian. Thyme secara tradisi disyorkan sebagai penawar untuk perasaan muram dan dan penghindar igauan ngeri. Ianya juga boleh membantu penghadaman. Semasa bencana wabak yang melanda Eropah pada zaman pertengahan, Thyme pernah di gunakan sebagai pembasmi kuman. Bouquet Provencal juga boleh mewujudkan suasana romantik dengan ciri-cirinya yang mengghairahkan. Ia boleh melegakan batuk-batuk, menghindari jangkitan dan membersihkan udara.
Sesuai di gunakan di: Bilik tidur dan bilik makan.








[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net